Senin, 17 Maret 2014

Jobdirumah Satu Bidang Pekerjaan Dari Rumah

Jobdirumah Satu Bidang Pekerjaan Dari Rumah | Rasanya sudah ramai yang tahu mengenai program pekerjaan online Jobdirumah ni. Rata-rata semuanya berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Jobdirumah dan ramai yang sudah menjana wang dengan program seperti ini.



Jobdirumah Satu Bidang Pekerjaan
Jobdirumah | Pekerjaan Online dari rumah

Sebagai langkah inisiatif untuk aku menjana wang sampingan selain daripada buat duit dengan says, buat duit dengan nuffnang dan sebagainya, aku memulakan langkah untuk mencuba Jobdirumah ini.

Tertarik dengan servis dan perkhidmatan yang disediakan, aku rasa Jobdirumah adalah salah satu pekerjaan online yang boleh dipercayai dengan beberapa bukti yang dipaparkan daripada pengguna yang lain.


Syarat Untuk Menyertai Jobdirumah

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan


Jobdirumah Satu Bidang Pekerjaan
bukti pembayaran

Jobdirumah ini adalah pekerjaan online freelancing dan anda boleh menjana sekitar RM500-RM7000 sebulan jika anda seorang yang rajin dan betul-betul inginkan wang sampingan untuk menampung kos kehidupan seharian anda.

Tetapi bagi aku sendiri, aku taknak target wang janaan setinggi itu kerana takut tidak bertinjauan jika dibandingkan dengan kesibukan aku sendiri menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar. Aku yakin dan aku pasti sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya kelak.

Maklumat lanjut layari: Laman Web Rasmi Jobdirumah

 
Selengkapnya

Minggu, 16 Maret 2014

6 korban protes guling Mursi

Peserta protes melarikan diri sejurus pasukan keselamatan Mesir melepaskan gas pemedih mata.

KAHERAH - MESIR . Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan lebih 50 cedera dalam satu pertempuran antara pasukan keselamatan dengan penyokong Presiden Mesir yang digulingkan, Mohammed Mursi di Kaherah, kelmarin.

Jurucakap pegawai berkata, puluhan ribu aktivis parti Ikhwanul Muslimin bersama penyokong melakukan protes secara aman menentang tindakan kejam kerajaan sementara dan tentera sejak bulan lalu.

"Pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan selain menahan lebih 20 peserta," katanya dipetik dari PressTV.

Selain melaungkan slogan menentang ketua tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi, penunjuk perasaan turut menggesa kerajaan sementara memulangkan kuasa pemerintahan ke tangan Mursi dan membebaskan rakan mereka.

Setakat ini, kerajaan di bawah pengaruh tentera juga mendakwa Presiden sementara, Adly Mansour yang meletakkan jawatan sebagai dalang pergolakan.

Lebih 2,000 ahli Ikhwanul Muslimin turut ditahan termasuk pemimpinnya, Mohamed Badie sejak 20 Ogos ini.

Kira-kira 1,000 orang dilaporkan terbunuh sepanjang seminggu pergolakan berikutan selepas pihak berkuasa bertindak merobohkan kem protes di Kaherah pada 14 Ogos sekali gus mencetuskan kemarahan antarabangsa. 
Selengkapnya

Sabtu, 15 Maret 2014

Dosa seorang ibu membuang anak akhirnya terbalas

Salam semua,




20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel tetapi nampak bodoh. Ali, suamiku memberinya nama Yusri. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini sedikit terkebelakang. Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain sahaja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Ali mencegah niat buruk itu. Akhirnya terpaksa saya membesarkannya juga.
Pada tahun kedua kelahiran Yusri, saya pun melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Yasmin. Saya sangat menyayangi Yasmin, begitu juga Ali. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah. Namun tidak demikian halnya dengan Yusri. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Ali berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Ali terpaksa menuruti kata saya.

Saat usia Yasmin 2 tahun, Ali meninggal dunia. Yusri sudah berumur 4 tahun ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Yasmin. Saya tinggalkan Yusri yang sedang tertidur lelap begitu saja.


Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu. Saya menikah kembali dengan Kamal, seorang bujang. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Kamal, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Yasmin sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Yusri dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya. Hinggalah ke satu malam, malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak. Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali. Dia melihat ke arah saya. Sambil tersenyum dia berkata;

"Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu sekali pada mama!"

Sesudah berkata demikian dia mulai pergi, namun saya menahannya.

"Tunggu..., saya rasa saya kenal Ente. Siapa namamu wahai anak yang manis?"

"Nama saya Yusri, makcik."

"Yusri...? Yusri... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Yusri???"

Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu.

Ya, saya patut mati..., mati..., mati...!

Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Yusri melintas kembali di fikiran saya.

Ya Yusri, mama akan menjemputmu Yusri, tunggu ya sayang !

Petang itu saya membawa dan memarkir kereta Civic biru saya di samping sebuah pondok, dan ia membuatkan Kamal berasa hairan. Beliau menatap wajah saya dan bertanya;

"Hasnah, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?"

"Oh abang, abang pasti akan membenci saya selepas saya menceritakan hal yang saya lakukan dulu."

Aku terus menceritakan segalanya sambil teresak-esak. Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Kamal dari belakang. Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter di hadapan saya. Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya.

Yusri.. Yusri... Di manakah engkau, nak?

Saya meninggalkan Yusri di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat daripada buluh itu.

Gelap sekali.
Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya!

Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan di dalam ruangan kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun di dalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul. Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali potongan kain itu. Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Yusri setiap hari.

Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, sayapun keluar dari ruangan itu. Air mata saya mengalir dengan deras. Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Kamal mulai menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau.

"Heii...! Siapa Ente?! Apa yang Ente mahu?!"

Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya;

"Ibu, apakah ibu kenal dengan seorang anak bernama Yusri yang dulunya tinggal di sini?"

Dia menjawab;

"Kalau Ente ibunya, Ente adalah perempuan terkutuk!! Tahukah Ente, 10 tahun yang lalu sejak Ente meninggalkannya di sini, Yusri terus menunggu ibunya dan memanggil;

Mama, mama!

"Kerana tidak tahan melihat keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama saya. Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu!"

"Tiga bulan yang lalu Yusri meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu..."

Saya pun membaca tulisan di kertas itu...

"Mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi...? Mama marah pada Yusri, ya? Mama, biarlah Yusri yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Yusri." Saya menjerit histeria membaca surat itu.

"Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!"

Kamal memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah.

"Semua sudah terlambat. Sehari sebelum Ente datang, Yusri sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini. Tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana. Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini. Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu Ente di sana . Dosa Ente tidak akan terampun!"

Ya Allah! Ampunkanlah dosaku! Yusri, ampunkan mama



sumber



Selengkapnya

Jumat, 14 Maret 2014

Pernah Naik Jambatan Angkasa Di Langkawi Gayat !



Sky Bridge ini berlokasi di Langkawi, Malaysia. Dengan tinggi 700 meter dan panjang 125 meter lebar 1.8.


sumber: http://feedproxy.google.com
Selengkapnya